- Kolaj adalah salah satu teknik yang digunakan untuk menggambar.
- Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas suatu permukaan.
- Dalam Perancis bermaksud gam. Kerja-kerja dibuat dengan menampal cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di atas permukaan 2D.
- Satu hasil kerja seni mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih.
- Teknik mencantum potongan gambar menjadi satu komposisi.
- Berbagai jenis bahan dilekat disatu permukaan khas disebut kolaj.
- Satu komposisi daripada imej yang berlainan dan daripada berbagai media.
- Kolaj bermakna menghasilkan satu komposisi artistik daripada imej atau gambar yang berlainan, latarbelakang yang berlainan dan daripada berbagai warna dan corak.
- Satu teknik menggambar di mana foto, keratan akhbar atau manamana bahan berbentuk 2D dilekat dan di satukan di atas permukaan.
- Teknik di mana imej bergambar atau corak berjalinan dihasilkan secara "superimpose" di antara satu sama lain.
- Satu hasil kepingan seni dibuat dengan menggam berbagai elemen.
- Satu susunan objek dan bahan di atas dilekat di atas suatu permukaan supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk atau tema tertentu.
Kolaj yang paling mudah. Sesuai untuk murid2 tahun satu. Guru boleh meminta murid untuk melukis gambar yang mudah ataupun guru boleh menyediakan kertas yang siap dilukis gambar. Murid hanya perlu mengoyak kertas warna dan menampal.
Kolaj Daun. Kolaj ini mengguna daun-daun kering. Daun-daun dipotong dan ditampal ke atas kertas lukisan yang telah dilukis gambar.
Kolaj Suratkhabar/ majalah. Kolaj ini menggunakan surat khabar atau majalah dalam pembuatannya. Suratkhabar/ majalah dipotong atau diguntil (di buat seperti bola).
Kolaj Kain. Menggunakan perca-perca kain dalam pembuatannya. Kain dipotong dan ditampal mengikut kreativiti masing2.
Kolaj Kertas Warna. Menggunakan kertas warna. Kolaj dapat diberi sentuhan yang lebih menarik jika murid-murid dapat menghasilkan gambar2 yang menarik.
Kolaj Tisu. Kolaj ini dihasilkan daripda tisu yang telah diampur warna. Tisu dicarik halus2 dan ditampal keatas gambar yang dibentuk. Tisu perlu ditampal bertindih untuk menghasilkan gambar yang menarik.
Masih lagi kolaj tisu. Contoh ini sesuai dihasilkan oleh murid2 tahap satu.
Kolaj jenis susah. Dihasilkan daripada majalah lalu membentuk imej yang tersendiri tanpa melukis gambar.
TIPS
Kolaj akan lebih menarik sekiranya murid2 menghasilkan dengan mengunting/ mengoyak bahan2 kepada saiz yang lebih kecil. Teknik kolaj memerlukan kesabaran dalam mendapatkan hasil yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment