Sunday, 15 April 2012
PUALAMAN
- Pualaman adalah satu penghasilan corak teknik cetakan mono dimana warna dimendapkan daripada cairan yang bergelatin dan melekit.
- Pualaman adalah kualiti permukaan yang dicampuradukkan dengan warna seperti permukaan lantai, marble, catan faux dan corak semulajadi ira kayu.
- Dalam teknik pualaman kertas, corak yang dihasilkan mempunyai persamaan dengan marble atau batu.
- Corak tersebut membentuk warna yang terapung di atas sama ada pada permukaan air biasa atau cecair yang mempunyai pelbagai kepekatan.
- Kemudiannya dipindahkan dengan cermat ke atas permukaan kertas atau kain.
- Corak pualaman yang dekoratif ini digunakan untuk hiasan dalam penulisan kaligrafi, penjilidan buku dan kertas pembungkusan.
Cara Membuat Pualaman
GOSOKAN
- Gosokan ialah proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan.
- Proses penerokaan murid mula menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka.
- Cara paling mudah dan terbaik untuk merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu permukaan.
- Apabila salah satu atau kedua-dua objek digerakkan di antara satu sama lain, maka gosokan akan terhasil.
- Hasil cetakan dibuat dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalinan.
- Satu representasi yang mengandungi salinan dibuat dengan meletakkan sekeping kertas di atas sesuatu permukaan dengan menggosok menggunakan bahan tertentu.
- Dianggap satu eksplorasi permukaan supaya dapat mengembangkan pemahaman dalam penggunaan jalinan dan ton.
RESIS
- Resis ialah satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin.
- Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain.
- Buku Glosari Seni Lukis, resis didefinisikan sebagai suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan.
- Aktiviti menggambar yang dihasilkan dengan cara menolak warna basah atau cat basah yang disapu ke atas permukaan kertas yang disapu lilin.
- Lilin digunakan oleh pelukis sebagai penghadang untuk melindungi warna asal atau warna asli sesuatu permukaan daripada terkena warna baru.
- Teknik menggunakan lilin, krayon lilin bertindak sebagai alat untuk membuat garisan atau lakaran di atas kertas dan diwarnakan permukaannya.
- Teknik resis menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan warna asal.
- Resis boleh juga dijalankan dengan cara menggunakan tindihan-tindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap.
Saturday, 14 April 2012
CETAKAN
- Cetakan ialah satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan.
- Seseorang pelukis biasanya akan menentukan berapa banyak cetakan yang hendak dihasilkan dalam sesuatu edisi.
- Proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain.
- Proses di mana satu hasil kerja seni dicipta dalam beberapa kuantiti.
- Imej atau gambar yang dihasilkan dengan menggunakan acuan plat.
- Proses menghasilkan imej di atas permukaan rata.
- Satu hasil kerja seni yang menggunakan acuan cetakan untuk menghasilkan satu atau beberapa siri cetakan.
- Perindahan imej yang berdakwat daripada satu permukaan blok kepada permukaan lain iaitu kertas atau kain.
- Proses menggambar atau mencorak yang dilakukan dengan cara memotong, mengguris di atas permukaan plat dan menggunakan dakwat.
- Satu proses penerapan blok, plat atau skrin ke atas sesuatu permukaan kertas, kain atau bahan yang lain.
- Cetakan bererti mengecap corak atau gambar yang sama dengan menggunakan alatan dan kertas.
- Proses menghasilkan imej pada permukaan melalui terapan blok atau plat dan juga jari yang disapu pewarna atau cat. Terdapat beberapa jenis cetakan antaranya seperti cetakan timbul menggunakan blok kayu atau ubi kentang.
cetakan lino
cetakan lino
Melukis Dan Mewarna Pokok
Tumbuh-tumbuhan atau pokok adalah salah satu daripada benda ciptaan tuhan dan banyak dihasilkan dalam karya-karya seni yang berasaskan landskap.
Teknik melukis pokok
1. Melukis struktur pokok. Mengenal pasti jenis pokok yang hendak dilukis dan menghasilkan lakaran ringkas struktur batang dan ranting dengan mengunakan pensel yang tidak terlalu gelap dan tekanan yang perlahan.
2. Melukis garisan luaran pada pokok dan memperjelaskan lagi struktur daun dan kanopi pokok tersebut
3. Sekiranya tidak diwarnakan, langkah seterusnya ialah dengan menggunakan garisan, memasukkan ton iaitu arah cahaya dan bayang bagi menampakkan bentuk pokok tersebut. Seterusnya memperinci setiap bahagian-bahagian pokok dengan jalinan pada daun, dan kulit pada batang pokok.
Mewarna Pokok (Teknik Cat Air)
1. Mulakan mewarna dengan warna yang paling terang (cerah terlebih dahulu) iaitu kuning kehijauan.
2. Campurkan warna yang gelap sedikit demi sedikit bagi menampakkan kesan bentuk dan ton bagi bahagian-bahagian yang terlindung cahaya.
3. Perinci bahagian pokok dengan menyapu warna yang semakin gelap seperti hijau gelap atau campuran biru gelap.
4. Warnakan bahagian batang pokok dengan warna coklat. Perinci bahagian jalinan, dahan dan ranting pokok.
Catan Cat Minyak
Bathing at Asnieres, Georges Seurat, 1883.
The Sunflowers, Vincent van Gogh, 1888.
1. Sejenis pewarna atau pigmen dalam bentuk tiub.
2. Bahan Pengilat ialah minyak linsid, minyak poppy atau minyak kacang untuk mencair atau memekatkan cat.
3. Bahantara yang digunakan ialah turpentine.
4. Ciri-ciri: bersifat legap, licin, dan berkilat, kasar berjalinan, terpulang kepada teknik mencatan
5. Alat dan bahan yang digunakan seperti berus pelbagai saiz, pisau palet, plat pembancuh warna, bekas minyak linsid, turpentine, kekuda (easel), kanvas atau sebarang permukaan.
Cat Minyak
Pelbagai bentuk berus
Minyak Linsid
Kanvas yang telah diregangkan
Kekuda (easel)
Proses penyediaan kanvas
1. Siapkan pemidang kayu mengikut saiz yang dikehendaki (pastikan kukuh dan tidak boleh dilentur)
2. Gunakan stapler gun untuk meregangkan kanvas atau kain belacu
3. Kain dipaku di sisi pemidang dengan kemas dan tegang
4. Sapukan gam kanji yang cair, glu enamel atau akrilik primer untuk menutup lubang pada kain
5. Sapukan cat emulsi putih ke atas lapisan gam kanji cair tadi setelah kering
6. Pastikan jalur catan emulsi menyilang supaya permukaan kanvas rata dan licin
Proses memasang kanvas ke bingkai kayu
Lihat video pemasangan Kanvas
1. Buat lakaran kasar dengan pensel atau arang
2. Warnakan latarbelakang mengikut warna objek
3. Memperincikan catan dengan berus yang lebih halus supaya wujud kesan perspektif, bentuk dan jalinan
4. Kemasan dan persembahan dengan membingkaikan catan
Girl and Animal
Copenhagen, Leonid Afremov
Wolf, Impressionistic
Catan Impasto
Saksikan Video Proses Mencatan
Subscribe to:
Posts (Atom)
Subscribe to:
Posts (Atom)