Garisan merupakan unsur seni yang paling ringkas. Kualiti garisan merujuk kepada setiap garisan yang dihasilkan dalam lukisan. Garisan yang dihasilkan menjadi faktor penting dalam menentukan karakter dan ekspresi terutamanya dalam lukisan yang dihasilkan.
Pengenalan Garisan
1. Garisan merupakan satu siri titik-titik. Persambungan antara titik-titik tersebut maka wujudlah garisan.
2. Garisan yang dihasilkan dengan menggunakan suatu alat atau media yang bermula dari satu titik permulaan merentasi sesuatu kawasan hingga menghasilkan satu objek.
Titik yang dihasilkan sebelum disambung dan membentuk garisan |
Garisan yang terhasil daripada sambungan titik
Garisan yang disambung membentuk rupa bunga
Garisan yang dibuat menghasilkan jalinan yang menampakkan bentuk sempurna bunga
3. Garisan juga dapat dilihat pada benda buatan manusia.
- Contohnya tali, bakul, anyaman, bangunan, tayar kereta, corak fabrik dan sebagainya.
Garisan yang terdapat pada bakul
Garisan yang terdapat pada tikar mengkuang
Garisan yang terdapat pada ikan lumba-lumba hiasan
4. Garisan juga dapat dilihat pada alam semulajadi.
- Contohnya garisan pada batu marmar, tumbuhan, kulit haiwan, kulit kayu, ombak, titis-titis hujan, tali, urat-urat daun dan sebagainya.
Garisan yang terdapat pada kulit kayu
Garisan yang terdapat pada air terjun
Garisan yang terdapat pada bulu merak
Jenis-Jenis Garisan
- Garisan halus
- Garisan tebal
- Garisan beralun
- Garisan berpancar
- Garisan berlingkar
- Garisan berserabut
- Garisan bersudut
- Garisan bergerigi
- Garisan berbulu
- Garisan putus-putus
- Garisan berduri
Jenis-jenis garisan
Fungsi Garisan
1. Garisan kontur dan 'Gesture'
- Melalui pemilihan media, garisan dapat membentuk sesuatu karekter.
- dua perkara utama dapat dibentuk melalui garisan dalam sesebuah karya lukisan iaitu garisan kontur dan garisan 'Gesture'.
- Garisan Gesture adalah lukisan yang dilukis secara cepat dan bersahaja.
- Pelukis juga dapat menggunakan kedua-dua garisan ini sebagai membentuk objek.
Garisan Gesture karya Rambrandt |
2. Garisan menghasilkan mood dan pergerakan
- Ramai pelukis-pelukis agung menggunakan garisan bagi menggambarkan mood dan pergerakan dalam karya-karya yang dihasilkan.
- Contohnya lukisan Horore Daummier bertajuk 'Frightened Women' (1828-1979). Gaya pelukisnya jelas menunjukkan garisan yang menimbulkan mood dan pergerakan.
Frightened Women |
3. Garisan menimbulkan kesan penegasan
- Kualiti garisan dapat menimbulkan kesan penegasan yang baik dalam karya yang dihasilkan
- Garisan yang digunakan mampu menimbulkan kesan yang pelbagai.
- Kepelbagaian garisan memberi kualiti yang berbeza untuk menghasilkan kesan penegasan dalam sesuatu karya.
karya Judy Pfaff bertajuk Che Cosa a Acqua (1992) |
4. Garisan menentukan nilai cerah dan gelap
- Kesan garisan yang menggunakan teknik silang pangkah (Cross-Hatching) dapat menimbulkan kesan nilai cerah dan gelap dalam sesebuah karya.
- Kualiti garisan halus dan tebal juga dapat menimbulkan kesan nilai cerah dalam karya.
The Old Home |
5. Garisan membentuk objek
- Seorang pelukis dapat membentuk objek yang dilukis menggunakan garisan.
- Contohnya lukisan kartun dan komik. Pelukis berjaya membentuk karakter dengan hanya menggunakan garisan.
- Garisan mempunyai banyak fungsi dalam penghasilan sesuatu karya.
Kartun LAT |
7. Garisan menimbulkan bentuk
8. Garisan menimbulkan ilusi cahaya dan bayang.
9. Garisan mewujudkan ruang.
10. Garisan menghasilkan motif pada reka corak.
11. Garisan mewujudkan ton.
12. Garisan menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid.
13. Garisan menghasilkan mood dan pergerakan.
No comments:
Post a Comment