} -->

skip to main | skip to sidebar

.

J.E.J.A.K.K.U B.E.R.M.U.L.A D.I.S.I.N.I

  • Pengenalan
  • Menggambar
  • Membuat Corak dan Rekaan
  • Membentuk dan Membuat Binaan
  • Mengenal Kraf Tradisional

About Me

My photo
pensel pemadam
View my complete profile

Blog Archive

  • ▼  2012 (38)
    • ►  April (25)
    • ►  February (1)
    • ▼  January (12)
      • A.R.C.A M.O.B.A.I.L
      • A.R.C.A S.T.A.B.A.I.L
      • A.S.S.EM.B.L.A.J
      • A.R.C.A T.I.M.B.U.L.A.N
      • G.A.R.I.S.A.N
      • L.U.K.I.S.A.N
      • ASAS SENI REKA DALAM PSV
      • Mengenal Kraf Tradisional
      • Membentuk dan Membuat Binaan
      • Membuat Corak dan Rekaan
      • Menggambar
      • 4 Bidang dalam PSV KBSR
Powered by Blogger.

chill!!



at

Sunday, 29 January 2012

A.R.C.A M.O.B.A.I.L

  • Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. 
  • Mobail juga dikenali sebagai arca bergerak atau arca Kinetik . Mobail biasanya digantung di atas siling.
  • Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak , berputar atau berombak. 
  • Mobail mula dipelopor oleh Alexander Calder dari Amerika bahan yang digantung mempunyai imbangan yang sesuai dan dicantum pada sendi untuk membolehkannya bebas bergerak.
ALEXANDER CALDER
American, 1898-1976)
The Star, 1960
Polychrome sheet metal and steel wire
35 3/4 x 53 3/4 x 17 5/8”








Posted by pensel pemadam at 21:32 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

A.R.C.A S.T.A.B.A.I.L

  • Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. 
  • Bahan atau bahagaian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. 
  • Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang.
  • Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh digantung di dinding, tingkap , atau pintu siling.
Tajuk: Butterly, 2006
Bahan: Tembaga dan Stainless Steel



Tajuk: Sun Post, 2007
Bahan: Stainless Steel, Patinated Brass, Neon Lights



Posted by pensel pemadam at 21:19 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

A.S.S.EM.B.L.A.J

  • Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. 
  • Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi.
  • Penciptaan arca asemblaj termasyhur iaitu ‘ Bicycle Wheel ’  ( karya asli telah hilang ) adalah penciptaan terawalnya dalam bidang seni tangan yang mana arca ini dibina menggunakan bahan-bahan yang terdapat di rumah.
Bicycle Wheel
Marcel Duchamp, 1951

Bayu Utomo Radjikin

 Syed Ahmal Jamal


 Aku Lihat Warisan yang Hilang, September 1989          
Azahar Abdul Manan  


Rimba  
Anthony Lau

Posted by pensel pemadam at 20:52 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

A.R.C.A T.I.M.B.U.L.A.N

  • Arca ini jga dikenali sebagai arca relief, dibina daripada hasil karya dua dimensi yang kemudian ditimbulkan menjadi imej tiga dimensi. 
  • Arca ini adalah kombinasi antara ciri-ciri catan dan arca. 
  • Manusia pada zaman dahulu menghasilkan arca dengan memotong, memahat atau mengorek keluar latar belakang yang mengelilingi figura atau binatang akan menjadi figura tersebut timbul dari permukaan dan kelihatan menarik. 
  • Henri Matisse (1869-1954) dan Jacques Lipcitz (1891-1973) adalah antara tokoh pengarca barat yang menampilkan aliran dan pengaruh kiubisme dalam arca timbulan ini.

Posted by pensel pemadam at 20:31 3 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 15 January 2012

G.A.R.I.S.A.N


Garisan merupakan unsur seni yang paling ringkas. Kualiti garisan merujuk kepada setiap garisan yang dihasilkan dalam lukisan. Garisan yang dihasilkan menjadi faktor penting dalam menentukan karakter dan ekspresi terutamanya dalam lukisan yang dihasilkan.


Pengenalan Garisan
  1. Garisan merupakan satu siri titik-titik. Persambungan antara titik-titik tersebut maka wujudlah garisan.
 2. Garisan yang dihasilkan dengan menggunakan suatu alat atau media yang bermula dari satu titik permulaan merentasi sesuatu kawasan hingga menghasilkan satu objek.


Titik yang dihasilkan sebelum disambung dan membentuk garisan


Garisan yang terhasil daripada sambungan titik


Garisan yang disambung membentuk rupa bunga


Garisan yang dibuat menghasilkan jalinan yang  menampakkan bentuk sempurna bunga


   3. Garisan juga dapat dilihat pada benda buatan manusia.
  • Contohnya tali, bakul, anyaman, bangunan, tayar kereta, corak fabrik dan sebagainya.


Garisan yang terdapat pada bakul

Garisan yang terdapat pada tikar mengkuang

Garisan yang terdapat pada ikan lumba-lumba hiasan

   4. Garisan juga dapat dilihat pada alam semulajadi.
  • Contohnya garisan pada batu marmar, tumbuhan, kulit haiwan, kulit kayu, ombak, titis-titis hujan, tali, urat-urat daun dan sebagainya.
Garisan yang terdapat pada kulit kayu

Garisan yang terdapat pada air terjun

Garisan yang terdapat pada bulu merak


Jenis-Jenis Garisan
  1. Garisan halus
  2. Garisan tebal
  3. Garisan beralun
  4. Garisan berpancar
  5. Garisan berlingkar
  6. Garisan berserabut
  7. Garisan bersudut
  8. Garisan bergerigi
  9. Garisan berbulu
  10. Garisan putus-putus
  11. Garisan berduri

Jenis-jenis garisan


Fungsi Garisan

   1. Garisan kontur dan 'Gesture'
  • Melalui pemilihan media, garisan dapat membentuk sesuatu karekter. 
  • dua perkara utama dapat dibentuk melalui garisan dalam sesebuah karya lukisan iaitu garisan kontur dan garisan 'Gesture'.
  • Garisan Gesture adalah lukisan yang dilukis secara cepat dan bersahaja.
  • Pelukis juga dapat menggunakan kedua-dua garisan ini sebagai membentuk objek.
Garisan Gesture karya Rambrandt

   2. Garisan menghasilkan mood dan pergerakan
  • Ramai pelukis-pelukis agung menggunakan garisan bagi menggambarkan mood dan pergerakan dalam karya-karya yang dihasilkan.
  • Contohnya lukisan Horore Daummier bertajuk 'Frightened Women' (1828-1979). Gaya pelukisnya jelas menunjukkan garisan yang menimbulkan mood dan pergerakan.
Frightened Women

   3. Garisan menimbulkan kesan penegasan
  • Kualiti garisan dapat menimbulkan kesan penegasan yang baik dalam karya yang dihasilkan
  • Garisan yang digunakan mampu menimbulkan kesan yang pelbagai.
  • Kepelbagaian garisan memberi kualiti yang berbeza untuk menghasilkan kesan penegasan dalam sesuatu karya.
karya Judy Pfaff bertajuk Che Cosa a Acqua (1992)

   4. Garisan menentukan nilai cerah dan gelap
  • Kesan garisan yang menggunakan teknik silang pangkah (Cross-Hatching) dapat menimbulkan kesan nilai cerah dan gelap dalam sesebuah karya.
  • Kualiti garisan halus dan tebal juga dapat menimbulkan kesan nilai cerah dalam karya.
The Old Home

   5. Garisan membentuk objek
  • Seorang pelukis dapat membentuk objek yang dilukis menggunakan garisan.
  • Contohnya lukisan kartun dan komik. Pelukis berjaya membentuk karakter dengan hanya menggunakan garisan.
  • Garisan mempunyai banyak fungsi dalam penghasilan sesuatu karya.
Kartun LAT

   6. Garisan menimbulkan rupa.
   7. Garisan menimbulkan bentuk
   8.  Garisan menimbulkan ilusi cahaya dan bayang.
   9. Garisan mewujudkan ruang.
   10. Garisan menghasilkan motif pada reka corak.
   11.  Garisan mewujudkan ton.
   12. Garisan menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid.
   13. Garisan menghasilkan mood dan pergerakan.

Posted by pensel pemadam at 00:19 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 14 January 2012

L.U.K.I.S.A.N

Lukisan yang cantik adalah

Posted by pensel pemadam at 20:41 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

ASAS SENI REKA DALAM PSV

Asas seni reka dalam PSV terbahagi kepada 2 iaitu:
  1. Unsur-unsur seni
  2. Prinsip Rekaan
Terdapat 6 unsur--unsur seni iaitu:
  1. Garisan
  2. Rupa 
  3. Bentuk
  4. Jalinan
  5. Ruang
  6. Warna
Manakala prinsip rekaan ada 7 iaitu:
  1. Harmoni
  2. Kontra
  3. Penegasan
  4. Imbangan
  5. Irama dan pergerakan
  6. Kepelbagaian
  7. Kesatuan

Posted by pensel pemadam at 16:20 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 7 January 2012

Mengenal Kraf Tradisional

Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:



4.1 Alat Domestik
4.2 Alat permainan
4.3 Alat pertahanan diri
4.4 Perhiasan diri (ornamen)
4.5 Batik
4.6 Tekat
4.7 Ukiran
4.8 Tenunan
4.9 Anyaman
4.10 Tembikar

Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

Posted by pensel pemadam at 07:05 1 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Membentuk dan Membuat Binaan

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti:
  1. Arca Timbulan
  2. Arca Asemblaj
  3. Arca Mobail
  4. Arca Stabail
  5. Model
  6. Diorama
  7. Boneka
  8. Topeng
  9. Origami



Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

Posted by pensel pemadam at 07:04 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Membuat Corak dan Rekaan

Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya.


Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti:

2.1 Corak tidak terancang secara:

2.1.1 Pualaman
2.1.2 Tiupan
2.1.3 Titisan
2.1.4 Ikatan dan celupan
2.1.5 Renjisan dan percikan


2.2 Corak terancang secara:

2.2.1 Lukisan
2.2.2 Catan
2.2.3 Cetakan
2.2.4 Capan
2.2.5 Lipatan dan guntingan
2.2.6 Resis
2.2.7 Kolaj
2.2.8 Kaligrafi

Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan.

Posted by pensel pemadam at 07:02 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Menggambar

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Antara kegiatan dalam bidang ini ialah:
1.1 Lukisan

1.2 Catan

1.3 Kolaj

1.4 Montaj

1.5 Cetakan

1.6 Resis

1.7 Gosokan

1.8 Stensilan

1.9 Percikan
1.10 Gurisan
1.11 Capan
1.12 Mozek
1.13 Poster



Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran menjadi fokus kegiatan menggambar. Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Ini akan membolehkan murid menyelaras apa yang dilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

Posted by pensel pemadam at 07:01 1 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

4 Bidang dalam PSV KBSR

Kandungan Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu:

1. Menggambar
2. Membuat Corak dan Rekaan
3. Membentuk dan Membuat Binaan
4. Mengenal Kraf Tradisional

Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu.

Posted by pensel pemadam at 06:57 1 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Subscribe to: Posts (Atom)

credit to you



IN TIME

G.R.A.D.U.A.T.I.O.N

Daisypath Graduation tickers

Pamplet

Pamplet

s.h.o.u.t i.t h.e.r.e!!

Followers

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...