} -->

skip to main | skip to sidebar

.

J.E.J.A.K.K.U B.E.R.M.U.L.A D.I.S.I.N.I

  • Pengenalan
  • Menggambar
  • Membuat Corak dan Rekaan
  • Membentuk dan Membuat Binaan
  • Mengenal Kraf Tradisional

About Me

My photo
pensel pemadam
View my complete profile

Blog Archive

  • ▼  2012 (38)
    • ▼  April (25)
      • PENGENALAN
      • TIUPAN
      • PUALAMAN
      • GOSOKAN
      • RESIS
      • CETAKAN
      • Melukis Dan Mewarna Pokok
      • Catan Cat Minyak
      • CATAN - Media Catan
      • Catan Cat Air
      • Teknik Mewarna-Bekas Serbaguna
      • Aliran Seni Catan Barat
      • Teknik Mewarna-Buah-Buahan
      • VIDEO CATAN CAT AIR
      • Tembikar
      • Alat Permainan
      • Alat Domestik
      • Origami
      • Topeng
      • D.I.O.R.A.M.A
      • M.O.D.E.L
      • MONTAJ
      • KOLAJ
      • CATAN
      • L.U.K.I.S.A.N
    • ►  February (1)
    • ►  January (12)
Powered by Blogger.

chill!!



at

Sunday, 15 April 2012

PENGENALAN

  • 4 BIDANG DALAM PSV KBSR
  • ASAS SENI REKA DALAM PSV

Posted by pensel pemadam at 18:41 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

TIUPAN

  • Tiupan merupakan proses menghasilkan corak tidak sengaja di atas kertas.








Posted by pensel pemadam at 08:56 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

PUALAMAN

  • Pualaman adalah satu penghasilan corak teknik cetakan mono dimana warna dimendapkan daripada cairan yang bergelatin dan melekit.
  •  Pualaman adalah kualiti permukaan yang dicampuradukkan dengan warna seperti permukaan lantai, marble, catan faux dan corak semulajadi ira kayu. 
  • Dalam teknik pualaman kertas, corak yang dihasilkan mempunyai persamaan dengan marble atau batu. 
  • Corak tersebut membentuk warna yang terapung di atas sama ada pada permukaan air biasa atau cecair yang mempunyai pelbagai kepekatan. 
  • Kemudiannya dipindahkan dengan cermat ke atas permukaan kertas atau kain. 
  • Corak pualaman yang dekoratif ini digunakan untuk hiasan dalam penulisan kaligrafi, penjilidan buku dan kertas pembungkusan.
Cara Membuat Pualaman



pelbagai warna cat minyak
masukkan cat minyak ke dalam besen yang berisi air. Jika mahukan corak lukiskan diatas cat minyak didalam air tersebut.


Letakkan kertas lukisan di atas permukaan air dan tarik perlahan-lahan


Setelah itu keringkan kertas tadi.

Antara produk yang boleh dihasilkan.


Video cara menghasilkan pualaman






Posted by pensel pemadam at 08:43 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

GOSOKAN

  • Gosokan ialah proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan.
  • Proses penerokaan murid mula menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka.
  • Cara paling mudah dan terbaik untuk merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu permukaan.
  • Apabila salah satu atau kedua-dua objek digerakkan di antara satu sama lain, maka gosokan akan terhasil.
  • Hasil cetakan dibuat dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalinan.
  • Satu representasi yang mengandungi salinan dibuat dengan meletakkan sekeping kertas di atas sesuatu permukaan dengan menggosok menggunakan bahan tertentu.
  • Dianggap satu eksplorasi permukaan supaya dapat mengembangkan pemahaman dalam penggunaan jalinan dan ton.










Posted by pensel pemadam at 08:31 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

RESIS

  • Resis ialah satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin.
  • Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain.
  • Buku Glosari Seni Lukis, resis didefinisikan sebagai suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan.
  • Aktiviti menggambar yang dihasilkan dengan cara menolak warna basah atau cat basah yang disapu ke atas permukaan kertas yang disapu lilin.
  • Lilin digunakan oleh pelukis sebagai penghadang untuk melindungi warna asal atau warna asli sesuatu permukaan daripada terkena warna baru.
  • Teknik menggunakan lilin, krayon lilin bertindak sebagai alat untuk membuat garisan atau lakaran di atas kertas dan diwarnakan permukaannya.
  •  Teknik resis menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan warna asal.
  • Resis boleh juga dijalankan dengan cara menggunakan tindihan-tindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap.




Posted by pensel pemadam at 08:23 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 14 April 2012

CETAKAN

  • Cetakan ialah satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan. 
  • Seseorang pelukis biasanya akan menentukan berapa banyak cetakan yang hendak dihasilkan dalam sesuatu edisi.
  • Proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain.
  •  Proses di mana satu hasil kerja seni dicipta dalam beberapa kuantiti.
  •  Imej atau gambar yang dihasilkan dengan menggunakan acuan plat.
  • Proses menghasilkan imej di atas permukaan rata.
  • Satu hasil kerja seni yang menggunakan acuan cetakan untuk menghasilkan satu atau beberapa siri cetakan.
  • Perindahan imej yang berdakwat daripada satu permukaan blok kepada permukaan lain iaitu kertas atau kain.
  • Proses menggambar atau mencorak yang dilakukan dengan cara memotong, mengguris di atas permukaan plat dan menggunakan dakwat.
  • Satu proses penerapan blok, plat atau skrin ke atas sesuatu permukaan kertas, kain atau bahan yang lain.
  • Cetakan bererti mengecap corak atau gambar yang sama dengan menggunakan alatan dan kertas.
  • Proses menghasilkan imej pada permukaan melalui terapan blok atau plat dan juga jari yang disapu pewarna atau cat. Terdapat beberapa jenis cetakan antaranya seperti cetakan timbul menggunakan blok kayu atau ubi kentang.


cetakan lino

cetakan lino





Posted by pensel pemadam at 22:13 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Melukis Dan Mewarna Pokok




Tumbuh-tumbuhan atau pokok adalah salah satu daripada benda ciptaan tuhan dan banyak dihasilkan dalam karya-karya seni yang berasaskan landskap.


Teknik melukis pokok

1. Melukis struktur pokok. Mengenal pasti jenis pokok yang hendak dilukis dan menghasilkan lakaran ringkas struktur batang dan ranting dengan mengunakan pensel yang tidak terlalu gelap dan tekanan yang perlahan.



2. Melukis garisan luaran pada pokok dan memperjelaskan lagi struktur daun dan kanopi pokok tersebut


3. Sekiranya tidak diwarnakan, langkah seterusnya ialah dengan menggunakan garisan, memasukkan ton iaitu arah cahaya dan bayang bagi menampakkan bentuk pokok tersebut. Seterusnya memperinci setiap bahagian-bahagian pokok dengan jalinan pada daun, dan kulit pada batang pokok.


Mewarna Pokok (Teknik Cat Air)

1. Mulakan mewarna dengan warna yang paling terang (cerah terlebih dahulu) iaitu kuning kehijauan.









2. Campurkan warna yang gelap sedikit demi sedikit bagi menampakkan kesan bentuk dan ton bagi bahagian-bahagian yang terlindung cahaya.




3. Perinci bahagian pokok dengan menyapu warna yang semakin gelap seperti hijau gelap atau campuran biru gelap.




4. Warnakan bahagian batang pokok dengan warna coklat. Perinci bahagian jalinan, dahan dan ranting pokok.



Posted by pensel pemadam at 16:29 2 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Subscribe to: Posts (Atom)

credit to you



IN TIME

G.R.A.D.U.A.T.I.O.N

Daisypath Graduation tickers

Pamplet

Pamplet

s.h.o.u.t i.t h.e.r.e!!

Followers

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...